Tiada Matlamat Punca Tidak Melabur

Orang tak mahu melabur kerana biasanya mereka tak nampak kemana mereka nak tuju. Matlamat tak jelas. 

Orang tak mahu melabur kerana tidak sabar untuk lihat pulangan. Kalau dah melabur ke dalam instrumen pelaburan mid-long term, maka usahla lihat setiap masa platform pelaburan tu.

Orang tak mahu melabur kerana mereka rasakan masa mereka dibazirkan kerana ada cara lain untuk dapat keuntungan berganda dalam masa yang singkat.

Kawan-kawan, melabur itu adalah seperti kita bercucuk tanam. Pada awal fasa penanaman kita kena pastikan kondisi sesuai. Sebelum bercucuk tanam, kita dah nampak matlamat iaitu hasil tanaman kita kelak.

Boleh ke tanah ini digunakan untuk bercucuk tanam? Sesuai ke cuaca dan keadaan sekitar?

Lepas dah tanam, kita kena jaga dengan rapi, baja dan racun mesti dibarikan berkala untuk mendapat hasil yang terbaik.

Makin besar tanaman, makin kurang kerenah yang kita kena layan. Tapi masih perlu dijaga. Kena siram, baja dan racun bila perlu.

Lepas beberapa tahun, insyaAllah kita boleh kecapi hasil tanaman kita. Semua ini perlukan masa. Begitu juga dengan peaburan.

Pelaburan mudahnya saya bahagikan kepada 3 fasa. Fasa tanam, semai dan siram, fasa tuai. Bagilah tempoh 5 tahun keatas untuk nampak hasil yang menarik. 

Bila kita sabar dan tahu nilai masa dalam pelaburan, barulah kita tidak mudah terperangkap dengan pelaburan-pelaburan scam diluar sana.

Jadi, anda dah melabur belum?

Cikgu Sho
Financial Freedom Fighter, F³

p/s: Melabur Unit Trust dengan syarikat Unit Trust No.1 https://investsmart.wasap.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *