e-Book Percuma

RM0

Persediaan minda untuk menjadi pelabur yang tenang amatlah penting agar dapat mencapai matlamat pelaburan (menang).

Category:

Cikgu Sho melihat, masih ramai daripada kita takut untuk menjadi pelabur. Apa tidaknya, boleh dikatakan setiap minggu akan ada berita mahupun cerita tentang kes penipuan terutamanya penipuan wang oleh pelbagai skim.

Kesedaran masyarakat terhadap skim penipuan ini bagus namun skim-skim cepat kaya ini seperti tidak pernah berputus asa malahan semakin banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Secara tidak langsung ia menyumbang kepada ketakutan terhadap masyarakat dengan pelaburan.

Selain daripada itu, sikap kita yang sangat takut mengambil risiko juga menjadi faktor kenapa kita terus menjadi hamba kepada wang. Oleh itu, Cikgu Sho berusaha untuk mengubah paradigma masyarakat terhadap pelaburan dan kewangan dengan berkongsi secebis ilmu dan pengalaman peribadi untuk menjadi pelabur yang versatile.