Kalau tanya saya, semua pelaburan ada risiko. Semua benda ada risikonya. Malahan, duit di dalam dompet pun ada risiko nya. Boleh jadi terjatuh atau dompet tercicir.Kalau ada dengar orang kata sesuatu pelaburan itu dijamin pulangannya, larilah jauh-jauh.
Kemungkinan besar itu adalah skim cepat kaya. Kalau ada dengar orang kata sesuatu pelaburan itu tiada risiko, dengar jelah. Percaya jangan sesekali. Ingat orang yang untung berganda ganda itu tidak pernah lihat portfolio mereka negatif atau merah ke?
Mereka anggap negatif dalam portfolio adalah asam garam. Saya ingat lagi, tahun 2018 dan 2019, boleh katakan majoriti portfolio klien unit amanah saya yang baru melabur menunjukkan nilai negatif.Begitu juga pada bulan Mac 2020 ketika pandemik mula melanda.
Tapi alhamdulillah, SEMUA pelabur saya faham dan saya dapat tenangkan mereka. Mereka berikan kerjasama. Mereka ikut rancangan asal. Kuncinya adalah sabar dan kita nak labur lama.Lagi lama anda melabur, lagi rendah risiko anda. Terutamanya dalam unit amanah.
Ingat lagi beberapa tahun lepas, kami baru ambil alih seorang pelabur unit amanah yang sudah lama ditinggal ejen. Dulu pernah call dan mesej tak dijawab katanya.Pelabur ini pula tak tahu dana apa yang dilaburkannya. Saya bantu.
Sekali bila dapat lihat portfolio, beliau terkejut kerana pulangan hampir 99% sejak 2007. Kena tinggal ejen pun dah untung 99%.Itupun bila saya lihat ada banyak peluang yang dia terlepas. Kalau beliau dapat ejen yang jaga, pelaburan tersebut berpotensi mendapat 150-160%.
Ingat, lagi lama anda melabur, lagi rendah risiko untuk rugi. Terutamanya pada instrumen unit amanah. Skim lambat kaya memang makan masa. Tapi sebab lambat kaya lah orang tak suka! Jemput lihat dan fahami gambar dibawah. Semoga bermanfaat.

Cikgu Sho, Melabur Tenang & Menang
p/s: Buka akaun unit trust percuma dan mulakan pelaburan jangka masa panjang anda bersama saya. Link: https://cikgusho.top