Simpanan Peniaga & Usahawan Part-Time

Zaman sekarang ramai yang buat kerja ke-2. Rata-rata yang saya survey, mereka membuat perniagaan sama ada menjual ataupun menawarkan perkhidmatan.
Tujuan setiap orang berniaga mungkin berbeza, tapi pokoknya adalah mendapatkan pendapatan tambahan.
Antara yang menarik, ada yang berniaga supaya dapat buat simpanan! Cerita sebenar, seorang insan ini, dia berniaga sebab hendak tambahkan peratus simpanan bulanan dia.
Jom kita lihat kes beliau:
– Purata untung bersih bulanan: RM1000.
– Minimum 50% disimpan
– Maksimum 20% masuk ke dalan aliran tunai
– Minimum 30% guna untuk kembangkan business.
Nampak senang, tapi susah nak buat. Namun, ia tidak mustahil sebab dah ada yang buat. Selepas 10 tahun, kita target simpanan kerja part time akan berganda menjadi RM190,000! InsyaAllah. Barulah berbaloi penat lelah buat part time kan.
Jadi korang business untuk apa sebenarnya? Berapa banyak hasil keuntungan business part time tu korang simpan?
Ingat, simpanan hasil kerja/business part inilah sebenarnya reward paling beharga untuk kita.
Jadi, korang buat business part time apa sebenarnya?
Cikgu Sho
Pernah kerja di Restoran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *