Awas Sifu Pelaburan

Semua orang nak jadi sifu, tidak kira apa jua bidang sekalipun. Sebab tu orang-orang yang serius kata saya sifu beliau, saya jawab “Saya bukan Sifu, saya orang biasa sama macam awak”.

Semalam Suruhanjaya Sekuiti ada keluarkan nama-nama yang sedang dalam pemerhatian mereka atas aktiviti mereka yang tiada mempunyai authoriti.

Dalam banyak-banyak nama dibawah, saya pernah cuba sertai kumpulan Sifu itu kononnya belajar saham. Tujuannya untuk saya buat pemerhatian sebab saya dengar Sifu tersebut banyak bakar duit peserta dengan berikan nilai yang tidak sepadan dengan apa yang dibayar.

Saya masuk ke group tersebut dengan modal yang saya sanggup hangus iaitu beli ebook. Mahal juga.

Bila masuk ke group, tiada apa yang dibincangkan, hanya tunjuk keuntungan Sifu bersaham. Itupun beliau menggunakan screeenshot keuntungan orang lain. Kantoi.

Bila ahli group tanya tentang kajian saham, ilmu saham terus jawab kena sertai kelas advance. Tanya lagi, kena marah. Katanya pertanyaan akan dijawab dalam group advance.

Cukuplah, saya tak masuk, tak sanggup nak bayar sebab saya sudah dapat teka modus operandi mereka. Kaedah biasa yang digunakan oleh Doktor Palsu Negara.

Benar, ada orang yang buat duit dengan masuk kelas Sifu itu, tapi saya rasa tak patut tipu duit orang ramai. Teknik funnel marketing yang menipu bagi saya. Tiada unsur ikhlas daripada awal.

Kesimpulan, berhati-hatilah. Ramai diluar sana tengah memasang jerat. Bagi cikgu Sho antara cara nak elak terperangkap jerat, belajar lah menjadi pelabur sebenar. 

Pelabur sebenar faham dan tahu naik turun pasaran. Mereka boleh sabar dan sentiasa belajar kawal emosi. Sebab itu, pelabur sebenar jarang tekena jerat scammer Skim Cepat Kaya.

Saya doakan kita termasuk dalam golongan yang sabar.

Cikgu Sho

Melabur dengan Tenang dan Menang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *