Guru pelaburan saya kongsi cerita, zaman 80-an dulu masa dia melabur, susah nak dapat maklumat.
Hanya bergantung kepada akhbar dan berita perdana sahaja.
Bila beliau bandingkan dengan situasi sekarang, katanya lebih baik macam 80an.
Hairan, saya pun tanyalah kenapa?
Sebab zaman sekarang maklumat laju dan dihujung jari. Nak belajar pun senang.
Zaman 80an dulu, tak dengar pun orang sebut tentang pelaburan.
Jadi, sebab banyak sangat maklumat pada zaman kini, semua orang rasa pandai dan boleh buat sendiri.
Paling bahaya, maklumat yang laju ni biasanya akan buatkan emosi pelabur tak stabil. Tak tenang.
Sebab itu susah nak dengar sekarang orang melabur dah 15 tahun, 20 tahun.
Zaman sekarang orang banyak yang tak sabar dan gelojoh.
Banyak terikut-ikut.
Fear of Missiong Out.
Baru setahun dua melabur, dah tak sabar.
Tak hairanlah kenapa skim cepat kaya dapat scam lebih ramai mangsa.
Saya dengar sambil mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.
Bersungguh guru saya berkongsi sebab beliau jarang banyak bercakap panjang.
Sampai hari ini, masih terngiang-ngiang pesanan guru pelaburan saya.
Sebab itu, tahun 2025 ini, saya nekad nak bantu client-client saya ada 2 juta seepas bersara kelak.
Nampak susah, tapi InsyaAllah boleh capai.
Doakan cikgu Sho dapat bantu client-client cikgu ok?
Cikgu Sho
Financial Freedom Fighter, F³
p/s: Buka akaun Unit Trust dengan syarikat Unit Trust No.1 https://investsmart.wasap.com