Anggaran Pencen Kerajaan

(Bacaan wajib untuk semua terutamanya penjawat awam. Tak kerja gomen pun best juga, cuba baca)
Pernah tak anda buat anggaran pencen kelak, setiap bulan berapa ‘gaji’ dapat?
Banyak cara macam nak anggarkan, contohnya guna apps Financial Calculator. cuma kadang-kadang penjawat awam ni rumit sikit sebab dia ada formula tertentu yang melibatkan duit ganjaran dan lain-lain.
Petang ni saya nak kongsi dengan penjawat-penjawat awam khususnya, macam mana nak kira anggaran pencen, ganjaran dan Gantian Cuti Rehat bila berpencen kelak.
Saya maklum, semua ini ada formula dan semua penjawat awam yang telah disahkan jawatan dalam perkhidmatan kebiasaannya lalu kursus induksi. Dalam kursus tersebut, ada diterangkan secara panjang lebar. Tapi kali ini ada cara lebih mudah!
KALKULATOR PENCEN GOMEN
Senang saja, anda boleh layari http://bit.ly/kalkulatorPencen yang disediakan oleh daripada JPA.
Anda anggarlah gaji akhir anda berapa pada umur 55 tahun contohnya. Juga anggaran GCR dan imbuhan anda nanti.
Kalau susah sangat cuba under estimate. Maksudnya gaji akhir paling rendah anda rasa anda boleh dapat, GCR paling minimum yang boleh dikumpul dan beberapa bulan Cuti Tanpa Rekod.
INFLASI
Dah tengok kan nilai ganjaran dan GCR? Masyuk tak? 😁.
Cuba tengok pula bahagian ‘Pencen Sebulan’, agak-agak berpuas hati tak?
Tak kiralah berapa nilai pencen bulanan anda, tetapi jangan lupa tentang kewujudan inflasi.
Mudah cerita, jika dengan RM10 anda dapat berbelanja hari ini, belum tentu nilai RM10 semasa anda pencen boleh memberikan nilai yang sama. Mungkin RM10 tu kelak sama dengan nilai duit poket anak-anak ke sekolah pada hari ini.
DANA TOPUP PENCEN
Sebab itu ada pencen bulanan pun belum tentu mampu tanggung dan tampung hidup tua kita kelak.
Kalau boleh, dah pencen memang kita tak nak bekerja dah. Cukup-cukup la 25-30 tahun kita bekerja. Jadi takkan bila pencen kita terpaksa buat part-time pulak sebab duit pencen tak cukup nak tampung hidup waktu tu.
Benar, masa pencen nanti komitmen kita mungkin kurang. Nafsu shopping pun dah tak ada tapi jangan lupa tanggungan kesihatan diri makin meningkat dengan umur.
Masa muda biasanya duit untuk ubat dan kesihatan tak perlu sangat,tapi bila dah umur 60 tahun masih sama ke?
Dengan nak buat majlis kawin anak-anak dan macam-macam lagi. Semua tu perlukan duit.
Dah pencen boleh melancong. Tak perlu nak backpacking sangat, melancong biar selesa. Padan dengan umur kan? Tak kan pencen pun nak kena bawa meggi dalam beg. Jadi simpan awal-awal duit untuk melancong di usia pencen nanti.
Ada juga klien cikgu Sho, dia bina tabung pencen sebab nak beli aset dan wakafkan. Katanya sementara hidup, itulah pelaburan yang paling untung. Beli tanah, beli rumah kedai, beli apa sahaja asalkan boleh wakaf katanya.
Jom geng gomen sekalian khususnya, kita bina dana pencen kita supaya bila kita pencen nanti, kita dapat tuai hasilnya.
Simpan dan binalah tabung pencen kita tak kira berapa gaji sekalipun. Jika ditakdirkan panjang umur, insyaAllah kita boleh bantu anak-anak dan keluarga kita kelak. Betul tak?
p/s: setiap kali gaji masuk, jangan lupa ketepikan sebahagian untuk masa depan kita sendiri.
Cikgu Sho
Kerja Gomen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *