“Dia boleh la simpan banyak duit, mak ayah dia support dia. Kereta motor mak ayah bagi. Silap hari bulan duit minyak pun duit mak dia!”
Tidak dinafikan, ada orang yang berduit seperti ini. Dapat simpan duit sebab kabanyakkan dapat support daripada mak ayah walaupun dah bekerja. Nak pula tinggal sebumbung, lagilah jimat.
Tapi, saya juga pernah jumpa orang yang tinggal sebumbung dengan mak ayah, duit mak ayah bagi, tapi tak boleh menyimpan sangat. Sebab apa? Sebab tak boleh kawal sifat menyimpan tersebut.
Jadi, topik menyimpan ini sebenarnya berbalik kepada kekuatan diri sendiri. Kita menyimpan bukanlah hendak berlumba dengan sesiapa, tapi kita menyimpan untuk hari depa yang tiada siapa tahu apa akan terjadi.
Boleh jadi simpanan itu akan menyelamatkan. Cukup sahaja 3 bulan perbelanjaan, kita alihkan simpanan kita untuk dilaburkan. Bina pula portfolio pelaburan. Mula dengan insturmen berisiko rendah.
Menyimpan tak semestinya kaya, tak menyimpan sah-sah tak kaya!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Cikgu Sho
Financial Freedom Fighter, F³
p/s: Buka akaun Unit Trust dengan syarikat Unit Trust No.1 https://investsmart.wasap.com