Hidup di dunia ni, kebanyakkan benda menggunakan duit.
Sebab duit juga ada yang bergaduh sesama keluarga, sebab duit juga boleh jadikan jalan untuk ke syurga.
Ada orang yang pendapatannya sedikit namun lebih bahagia dan tenang jiwanya.
Ada orang kerja siang malam tak sempat tengok muka anak-anak senyum tapi resah sepanjang masa.
Bila sebut tentang kebebasan kewangan, kebiasaannya akan nampak kekayaan.
Bila sebut kaya, tak dapat lari daripada memiliki rumah, kereta dan kemewahan lain.
Pelbgai definisi diberikan tantang kebebasan kewangan, namun pada pandangan peribadi ianya adalah satu matlamat yang wang bukan lagi menjadi satu kebimbangan dan wang yang ada akan berganda dengan sendiri.
Kita tidak lagi risau jumlah wang keluar. Kita tidak risau jika perlu gunakan duit bila kecemasan.
Tidur malam kita lena sebab tidak perlu lagi fikirkan tentang aliran tunai kita.
Kerja kita lebih berfokus sebab duit bukanlah lagi benda yang kita kejar.
Bila lihat situasi di atas, kita rasa jauh lagi perjalanan untuk capai kebebasan kewangan.
Ada yang kata mungkin dihujung hayat dan umur dah 60-70 tahun baru capai.
Sebelum umur 30 tahun pun kita boleh capai financial freedom ni sebenarnya.
Jika kita hutang banyak pun tak mustahil juga untuk capai matlamat ini.
Cara paling mudah adalah dengan jaga dan perbaiki aliran tunai dan biarkan wang bekerja untuk kita.
Bunyinya macam senang, tapi susah.
Perlukan disiplin tahap dewata raya, strategi dan bantuan orang lain.
Masih belum terlambat untuk tanamkan azam untuk berusaha perbaiki aliran tunai.
Jika kita kawal duit kita, kita bukan lagi hamba kepada duit.
Bila duit bukan lagi masalah utama, kita dah dekat dengan matlamat ini.
Kan best bila kita bukan lagi hamba kepada duit. Apa lagi, bertindak segera!
Cikgu Sho
Financial Freedom Fighter, F³
p/s: Bina jalan untuk bebas kewangan dengan syarikat No1 Unit Trust https://investsmart.wasap.my