Pelaburan 101: Juzuk Pelaburan Jangka Masa Panjang

Dalam portfolio pelaburan individu terutamanya, mesti memiliki 3 juzuk jangka masa pelaburan;

  • Pendek
  • Sederhana
  • Panjang
  • Super Panjang

Ok, yang nombor 4 itu saya saja letak. 😄

Kebiasaannya definasi jangkamasa pelaburan adalah subjektif. Contoh ada mazhab yang meletakkan jangka masa pendek 1-3 tahun, sederhana 3-7 tahun, panjang 8-10 tahun dan super panjang melebihi 10 tahun.

Setiap pelabur mesti mempunyai kesemua juzuk diatas namun pada petang ini saya nak kongsikan kelebihan mempunyai portfolio pelaburan jangka masa panjang melalui unit amanah. 

1) KUASA KOMPOUNDING. Faktor utama untuk melihat magis kompounding adalah masa. Lagi lama anda biar, lagi besar.

2) EMOSI TERKAWAL. Dengan strategi yang tepat, emosi pelabur lebih stabil sebab tidak ditekan dengan perubahan pasaran saham dan sebagainya. Banyak kaedah dan strategi yang boleh diguna pakai bagi mengurus risiko menjadikan pelabur lebih tenang dan bahagia. 

3) DI URUS DENGAN PROFESIONAL. Kalau instrumen unit amanah, bayaran servis itu sebenarnya adalah untuk khidmat profesional yang di bayar kerana wang yang dilaburkan akan diurus oleh Fund Manager yang berpengalaman dan kompiten dalam pelaburan.

Antara matlamat pelaburan jangka masa panjang adalah untuk:

  • Tabung pendidikan anak-anak
  • Tabung persaraan
  • Tabung renovasi rumah idaman
  • Tabung persediaan haji private
  • Tabung amal jariah unlimited

Selain hartanah, saya suka pelaburan jangka masa panjang dalam unit amanah saham sebab ianya lebih cair daripada batu-bata. Lagipun, pasaran saham lebih menarik minat saya.

Jom labur tenang & menang dengan cikgu Sho.

p/s: Buka akaun unit trust percuma dan mulakan pelaburan jangka masa panjang anda bersama saya. Link: https://cikgusho.top

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *