Pelaburan 101: Apa itu Bond & Sukuk

Pernah dengar tentang bond? Pertama kali saya dengar tentang bond adalah ketika membaca novel The Great Gatsby dulu. Saya tertanya pada diri sendiri, apa itu bond? kenapa Gatsby yang kaya itu banyak bond?

Nak tahu apa itu bond? Teruskan membaca, saya akan cuba terangkan seringkas mungkin beserta dengan analogi untuk memudahkan kefahaman. Ini kan kelas 101.

Bond ni sebenarnya adalah salah satu pelaburan yang memberikan pulangan kadar faedah yang tetap kepada pihak yang memberikan pinjaman duit oleh syarikat mahupun kejaraan.

Dalam bahasa mudah, syarikat / kerajaan A memerlukan duit, mereka akan keluarkan bond. Bond-bond ini keluarkan dandiberi kepada pihak yang pinjamkan duit dengan janji pulangan yang tetap pada setiap tahun dalam tempoh masa tertentu.

Contoh situasi, anda beri pinjam RM10,000 kepada kerajaan Malaysia dengan kadar faedah keuntungan 5% setahun dalam tempoh 5 tahun.

Selepas 1 tahun, kerajaan membayar RM500 faedah pinjaman kepada anda. Perkara yang sama berulang pada tahun ke-2, 3 dan 4.

Selepas 5 tahun, anda menerima RM500 faedah terakhir daripada kerajaan DAN duit anda semula yang anda pinjamkan.

Jadi, selepas 5 tahun, RM10,000+RM50+RM50+RM50+RM50+RM50 = RM12,500

Best kan?

Namun bond ini tidak patuh syariah, tapi jangan gusar sebab kita mempunyai bond yang halal yang dikenali sebagai bond islamik atau dinamakan sebagai Sukuk.

Pernah dengar Sukuk Prihatin yang dilancarkan oleh kerajaan tahun 2020 kan? Itulah dia. Islamic bond.

Dalam pelaburan unit amanah, kami menawarkan dana-dana yang digunakan untuk melabur pada sukuk-sukuk kerajaan mahupun syarikat.

Sifat sukuk ini sangat rendah risikonya (ingat, pinjaman yang diberikan ini diikat dengan perjanjian pulangan yang tetap setiap tahun).

Dana-dana sukuk ini berisiko rendah dalam unit amanah ini, ada orang gelar sebagai TH-Unit-Amanah kerana peratusan dana-dana ini setara dengan hibah daripada TH.

Malah, pernah beberapa tahun pulangan menghampiri pulangan A5B !. (Ya, ini adalah prestasi yang lepas, sekadar info buat anda.)

Namun, biasanya ketika pasaran saham menaik, prestasi sukuk lemah dan sebaliknya. Lemah pun berpadanan dengan risikonya yang rendah. Compounded Annualised Growth Rate (CAGR) sukuk untuk 3 tahun dalam 5-6%.

Cikgu Sho

Tak menyesal baca novel The Great Gatsby

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *