Terima kasih kepada yang sertai sesi perkongsian saya pagi tadi. Alhamdulillah objektif yang saya mahu kongsikan tercapai.
Lebih 60 orang sebenarnya yang mendaftar, tetapi saya baru perasan ramai yang tak dapat link walaupun saya sudah Whatsapp. Saya perasan bila lepas sesi saya dapat beberapa mesej yang bertaya tentang link pagi tadi.
Kenapa jadi begitu? Sebab saya guna Whatsapp Broadcast. Kalau orang yang saya broadcast whatsapp tu tak save nombor saya, maka dia tak akan dapat mesej saya.
Minta maaf banyak-banyak kepada yang terlepas sesi disebabkan masalah teknikal seperti yang saya nyatakan diatas. InsyaAllah saya cuba cari ruang dan peluang sekali lagi.
Alhamdulillah, daripada feedback perkongsian PERCUMA ini, semua berpuas hati dengan konten yang saya sampaikan. Semoga ianya bermanfaat dan diamalkan.
Sebab ramai terlepas atas masalah teknikal, Cikgu Sho nak buat sekali lagi Seminar Asas Kewangan Diri. Survey sikit siapa nak join? Bagi Love ye kalau nak join. Percuma je.
Cikgu Sho
Bijak Melabur & Wang (BM&W)