Crypto tu Bitcoin ke?

Cikgu Sho, matawang digital atau crypto ni adakah ia merujuk kepada Bitcoin?
Lebih kurang macam tulah soalan yang ditanya pasal crypto ni. Sebelum saya kongsi jawapan, saya sebenarnya pernah melabur dalam crypto lama dulu.
Masa tu nak tahu dan nak belajar macam mana nak melabur dalam Bitcoin. Masa tu juga Seruhanjaya Sekuriti belum membenarkan crypo ni.
Berbalik kepada soalan rakan cikgu Sho tadi, jawapannya adalah betul TETAPI matawang crypto tidak semestinya merujuk kepada Bitcoin semata-mata. Jemput baca sampai habis ye. Panjang kali ni.
Banyak matawang digital lain diluar sana yang kita boleh beli, cuma berhati-hatilah nak beli, jangan terbeli crypto yang pelik-pelik sebab banyak scammers yang tengah nganga mulut menunggu mangsa!
Salah satu crypto yang popular adalah XRP Ripple. Nak tahu apakah XRP Ripple ni? Jom saya kongsikan serba sedikit.
Dalam saiz modal pasaran crypto, Bitcoin mendominasi pasaran dengan menjadi market leader. Bagi XRP Ripple pula, ianya adalah pemain ditangga keempat selepas Ethereum dan Tether.
Biasanya orang tak panggil XRP, orang panggil Ripple. Apa bezanya? Ripple ni sebenarnya adalah nama syarikat dibelakang matawang digital ini, dan matawang digital yang mereka keluarkan diberi nama XRP.
Tapi netizen yang bergiat dalam pelaburan crypto mereka lebih senang memanggil XRP sebagai Ripple.
BITCOIN vs XRP
Bahagian ini mungkin rumit sedikit, tapi cikgu Sho cuma terangkan dengan ringkas. Bitcoin ini adalah satu network dalam teknologi Blockchain dimana ia mempunya public lejer banyak transaksi yang disahkan dan ianya digunakan untuk menyimpan rekod.
Ada golongan yang digelar sebagai miners, mereka membantu mengesahkan transaksi secara berterusan dengan meletakkan rekod-rekod ini kedalam blockchain Bitcoin.
Sebagai upah, miners ini diberikan dengan BTC apabila mereka berjaya melakukan sejumlah kerja mengesahkan dan mengurus rekod-rekod ini.
Upah diberikan sebab para miners mengeluarkan kos untuk sistem komputer mereka bagi menjalan tugas-tugas ini.
Bagi XRP pula, ianya lebih kepada sistem Pembayaran Digital dan Protokol yang berkaitan. Syarikat XRP iaitu Ripple meletakkan visi dan menjenamakan XRP untuk tujuan pembayaran, pertukaran aset dan urusan pemindahan aset seperti SWIFT.
Saya teringat tika belajar di New Zealand dahulu, pemindahan dan penghantaran wang antara bank berlainan negara, pihak bank menggunakan SWIFT Code. Jadi XRP lebih kepada tujuan ini berbanding sebagai lejar umum Bitcoin.
Jika Bitcoin perlu mining menggunakan kuasa komputer yang kuat, tetapi tidak oleh XRP yang menggunakan mekanisma yang berlainan dan antara kelebihannya adalah penggunaan kuasa pengkomputeran lebih rendah.
Oleh sebab cara mining yang berbeza antara Bitcoin dengan XRP. Cukuplah setakat itu untuk memahami proses mining antara dua matawang digital ini.
Penggunaan Bitcon lebih popular kepada individu dan organisasi sebagai matawang digital, sebab itu ianya mendominasi pasaran matawang digital.
Namun untuk XRP, niche adalah berbeza. Penggunaan sistem yang diperkenalkan oleh Ripple, telah menarik perhatian banyak bank-bank dunia untuk menggunakan XRP Ropple.
RippleNet adalah sebagai sebuah konsortium yang mempunyai lebih 200 institusi kewangan di lebih 40 buah negara, menjadikan ianya sistem yang lebih mudah dan selamat untuk digunakan antara negara. Ini adalah kelebihan dan niche Ripple network yang unik berbanding dengan crypto lain.
ANALOGI BTC & XRP
Cikgu Sho berada di New Zealand dan menggunakan Bitcoin sebagai alternatif kepada NZD (matawang New Zealand).
Cikgu Sho boleh membuat pembelian dan pembayaran menggunakan Bitcoin. Juga cikgu Sho boleh jual beli Bitcoin dengan cara memperdagangkan dan melabur menggunakan platform tertentu.
Jika Cikgu Sho hendak menghantar NZD5000 ke Malaysia, Cikgu Sho boleh gunakan bank dan membuat penghantaran seperti biasa, menggunakan SWIFT. Namun caj yang dikenakan tinggi oleh kedua belah pihak bank di NZ dan di Malaysia.
Oleh itu, cikgu Sho memilih Ripple dengan menggunakan matawang XRP. Sistem pembayaran dan penghantaran wang ini menggunakan token XRP yang dihantar menggunakan rangkaian Ripple. NZD5000 ditukar kepda XRP dan dihantar kepada keluarga Cikgu Sho di Malaysia dengan pantas.
Keluarga Cikgu Sho di Malaysia boleh memilih untuk tukar XRP kepada Ringgit Malaysia atau kekalkan nilainya dalam matawang digital XRP. Kelebihan Ripple disini adalah ianya lebih selamat, murah, pantas berbanding proses matawang biasa.
Kaedah yang sama boleh digunakan oleh Bitcoin untuk memindahkan wang, akan tetapi Ripple lebih pantas dan cajnya lebih murah selain daripada Spread Value Bitcoin lebih tinggi.
Jadi boleh faham antara Bitcoin dan Ripple? Kalau anda hendak cuba menggunakan matawang digital ataupun cyrpto ini, boleh guna platform yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti iaitu Luno.
Anda klik referral link kat bawah, dan bila anda topup RM250, anda dan saya akan dapat RM25 BTC. Tanpa referral, tak dapat apa-apa. Rugilah kan? Luno ini kita boleh guna sebagai platform untuk berdagang matawang digital seperti Bitcoin, Ripple, Litecoin dan Ethereum.
Cikgu Sho
Ditigal World

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *