Kenapa Unit Trust menjadi pilihan ramai?

Makin hari makin ramai yang nak mula melabur. Termasuklah yang nak pelbagaikan instrumen pelaburan untuk potensi yang lebih luas. Kita ada peluang untuk menyuruh duit bekerja untuk kita, kenapa tidak buat segera kan? 

Ekonomi kini mempunyai mangkin yang sangat kuat untuk meningkat naik. Dengan tersebar luasnya vaksin kegiatan ekonomi akan pulih kembali. Ini akan memberi impak positif kepada pasaran tempat dimana pelaburan dibuat.

Kenapa pula pelaburan unit amanah terus menjadi pilihan ramai?

1. Mudah. Urusan seharian yang padat samada pekerjaan mahupun perniagaan. Ditambah lagi dengan urusan keluarga. Tetapi anda mahukan wang simpanan anda tetap berkembang dengan kompetetif. Ini adalah pelaburan untuk anda.

Rutin seharian boleh diuruskan dengan tenang kerana anda yakin simpanan anda akan berkembang dengan baik kerana diuruskan oleh profesional.

2. Risiko keseluruhan pelaburan sederhana. Pelaburan kepelbagai sektor ekonomi dan pasaran lebih rendah risiko berbanding pelaburan yang tertumpu keatas satu syarikat sahaja. 

3. Pasaran modal dipenuhi oleh para usahawan yang berusaha membawa keuntungan. Juga diberi perhatian oleh kerajaan agar sentiasa bertumbuh sihat. Tindakan dari pelbagai pihak untuk memastikan pergerakannya sentiasa positif. Tempat pelaburan yang lain jarang mendapat perhatian sebegini.

4. Patuh shariah. Struktur kawalselia yang lengkap, jelas dan matang keatas pelaburan unit amanah memastikan pelaburan dipisahkan dengan jelas antara yang patuh shariah dan yang tidak patuh. Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia sentiasa memerhati.

5) Adanya konsultan yang menjaga portfolio pelaburan anda dan pengurus dana yang berpengalaman serta terbukti prestasinya. Kita leverage kan kepakaran kepada mereka dan terus menjalani kehidupan dengan biasa.

Jadi tidak mengejutkan kenapa pelaburan unit amanah terus menjadi pilihan. Anda pula bagaimana?

Cikgu Sho

Melabur Tenang & Menang

#DaimyoPrestige

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *